Sunday, 29 May 2011

Keajaiban Solat.. mari baca :)

  1. Ketika solat, roh dan hati mereka pergi menemui Allah bagi memastikan mereka bebas daripada kekangan nafsu dan menyaksikan keagungan Allah, kekuasaan serta keesaan-Nya, sehingga mereka menjadi orang yang mulia di bumi ini.
  2. Solat itu bukan sekadar robot atau pergerakan alat-alat yang tidak mempunyai makna, tetapi ia adalah sebuah madrasah yang mendidik kaum mukminin mengenai semulia-mulia makna kebaikan, kecintaan dan kemuliaan dalam menempuh kesesakan hidup, hiruk-pikuk dan kejahatannya.
  3. Solat merupakan sebesar-besar amalan dalam Islam. Sesiapa yang memeliharanya, maka dia akan memperolehi kebahagiaan dan keuntungan. Sesiapa yang meninggalkannya, maka dia akan memperolehi kecelakaan dan kerugian.
  4. Allah SWT memfardukan solat ke atas hamba-hambaNya yang beriman supaya ia menjadi penghubung dengan hadrat-Nya, peringatan tentang keagungan-Nya dan tanda kesyukuran hamba-Nya atas nikmat yang dicurahkan-Nya.
  5. Solat juga ibadah asas bagi mencapai kejayaan dan kebahagiaan di duni dan akhirat. Sabda Rasulullah SAW: "Amalan pertama yang dihisab bagi hamba pada hari kiamat adalah solat. Sekiranya solatnya itu baik, maka baiklah segala amalannya. Sekiranya solatnya itu rosak, maka rosaklah segala amalannya yang lain."
  6. Tidak menjadi suatu perkara yang pelik apabila solat dijadikan sebagai kepala amalan.  Sesungguhnya dengan membiasakan diri menunaikan solat secaara sempurna dengan khusyuk dan khuduk' kepada Allah, akan menanam di dalam jiwa sifat muraqabah kepada-Nya.
  7. Sesiapa yang telah mencapai muraqabatullah, akan berasa takut kepada-Nya dan bertakwa kepada-Nya, menunaikan perkara yang menjurus kepada keredaan-Nya, berkata benar apabila berjanji, menunaikan amanah, bersabar ketika ditimpa kecelakaan dan bersyukur dengan nikmat-Nya.
  8. Firman Allah SWT dalam surah al-Maarij ayat 19-23 : 'Sesunguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah ( lagi bakhnil kedekut ). Apabila dia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah. Dan apabila dia beroleh kesenangan, dia sangat bakhil kedekut; kecuali orang-orang yang mengerjakan solat. Iaitu mereka yang tetap mengerjakan solatnya.
  9. Seorang hamba yang memelihara solatnya dengan sempurna tidak akan terleka daripada muraqabatullah dalam kesibukan dan urusan sehariannya, Sesungguhnya sesiapa yang memelihara solatnya dengan menunaikannya dengan khusyuk, akan diampunkan dosanya dan dikasihi oleh Tuhannya.
  10. Sabda Rsulullah SAW: "Sesungguhnya setiap solat itu penghapus kesalahan  yang dilakukan di hadapannya."
  11. Sabda Baginda SAW lagi: "Sesiapa mengetahui bahawa solat itu addalah hak yang wajib, makan dia masuk syurga."
  12. Sesiapa yang tidak memelihara solatnya, maka dia diharamkan di dunia daripada memperolehi nikmat keberkatan, taufik dan kebaikan serta akan diazab selepas kematiannya dengan hentakkan kepalanya ke batu. Setiap kali kepalanya itu pecah, akan dikembalikan seperti keadaan asalnya. Dia juga akan datang pada hari kiamat tanpa cahaya, petunjuk keimanan dan diharamkan terselamat dari azab, kehinaan dan kerendahan.
  13. Daripada Abi Hurairah r.a berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Apakah pandangan kalian, jika sebatang sungai di pintu rumah salah seorang dari kalian, dia mandi di dalam sungai tersebut sebanyak 5kali setiap hari. Adakah masih ada suatu kotoran yang tinggal pada badannya?' Sahabat menjawab, "tidak ada suatukotoran pun yang tinggal". Sabda Rasulullah SAW , "begitu jugalah dengan perumpamaannya dengan solat lima waktu yang dengannya Allah menghapuskan kesalahan-kesalahan. ( Riwayat Bukhari dan Muslim )

Semoga bemanfaat buat kalian :) ILALLIQAQ...

No comments:

Post a Comment