Thursday, 20 October 2011

I'm coming home!!

Otw from Ipoh to Segamat by train :)
While this train stop a while at Seremban, I spotted blogger sis Fatin Liyana and her Datin :) Sangat cantik okay!! I look at her and she smile :D
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, 17 October 2011

Ketidaksabaran

Tak sabar nk jumpa mak,semua-semua lahhhhh :D dan dan dan balik kena study betul-betul for final!
Love love love
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, 14 October 2011

Assalammualaikum :)

Testing-testing :P
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, 21 August 2011

Saat-saat akhir Ramadhan...

Mari berdoa bersama,mehh :) tadah tangan semua...Bismillahirrahmannirrahim..

Wahai Tuhan ku tak layak ke syurgamu..
Namun tak pula aku sanggup ke nerakamu..
Ampunkan dosaku, terimalah taubatku..
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar..

Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai..
Dengan rahmatmu,,ampunkan daku..
OH TUHANKU..

Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan..
kami takut, kami harap kepada MU..
Suburkanlah cinta kami kepada MU..

kami lah hamba,
yang mengharap,
belas darimu..

Rabbana taqabbal du'a ana innaka antas samiu'n a'lim,
Watuba'laina innaka antattauwaburrahim,
Subhanarabil i'zzati amma yasifun,
Wassalamun a'lalmursalin
Walhamdulillahi Rabbil a'lamin...

Amin ya Rabbal a'lamin.. Semoga segala ibadah, amalan dan taubat kita diterima Allah Azzawajalla..
Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa kita yang telah lalu mahupun saat ini..
Semoga kita digolongkan dikalangan orang-orang yang beriman, bertakwa dan Insyaallah golongan yang mendapat ganjaran syurga.


ILALLIQAQ :)

Monday, 13 June 2011

yeayyy exam is OVER!!!

balik kampung yeayy!!
cuti SEBULAN yeayy!!
ye saya tahu budak-budak uitm cuti lagi lama...
sebulan ni kira bersyukur yang amat dah ni..kekeke
ALHAMDULILLAH, praise to Allah, result sem2 saya ada improvement!
sebenarnya saya baru habis short sem yang sangat penat sebab banyak assingment dan presentation kene buat..
rasa lega sangat-sangat sebab dah habis... 
harini pun baru habis final exam pengajian islam.. ngee :D
sumpah memang tak sabar nak balik... 
tapiiii..... nak buat apa  je sebulan ni ek??


any suggestion?




korang!!! tunggu sayeeee :) *rindunye rindunye* pajira and faraketot juga :D



p/s: sampai hati dia balik dua minggu jee... :(

Sunday, 29 May 2011

Keajaiban Solat.. mari baca :)

  1. Ketika solat, roh dan hati mereka pergi menemui Allah bagi memastikan mereka bebas daripada kekangan nafsu dan menyaksikan keagungan Allah, kekuasaan serta keesaan-Nya, sehingga mereka menjadi orang yang mulia di bumi ini.
  2. Solat itu bukan sekadar robot atau pergerakan alat-alat yang tidak mempunyai makna, tetapi ia adalah sebuah madrasah yang mendidik kaum mukminin mengenai semulia-mulia makna kebaikan, kecintaan dan kemuliaan dalam menempuh kesesakan hidup, hiruk-pikuk dan kejahatannya.
  3. Solat merupakan sebesar-besar amalan dalam Islam. Sesiapa yang memeliharanya, maka dia akan memperolehi kebahagiaan dan keuntungan. Sesiapa yang meninggalkannya, maka dia akan memperolehi kecelakaan dan kerugian.
  4. Allah SWT memfardukan solat ke atas hamba-hambaNya yang beriman supaya ia menjadi penghubung dengan hadrat-Nya, peringatan tentang keagungan-Nya dan tanda kesyukuran hamba-Nya atas nikmat yang dicurahkan-Nya.
  5. Solat juga ibadah asas bagi mencapai kejayaan dan kebahagiaan di duni dan akhirat. Sabda Rasulullah SAW: "Amalan pertama yang dihisab bagi hamba pada hari kiamat adalah solat. Sekiranya solatnya itu baik, maka baiklah segala amalannya. Sekiranya solatnya itu rosak, maka rosaklah segala amalannya yang lain."
  6. Tidak menjadi suatu perkara yang pelik apabila solat dijadikan sebagai kepala amalan.  Sesungguhnya dengan membiasakan diri menunaikan solat secaara sempurna dengan khusyuk dan khuduk' kepada Allah, akan menanam di dalam jiwa sifat muraqabah kepada-Nya.
  7. Sesiapa yang telah mencapai muraqabatullah, akan berasa takut kepada-Nya dan bertakwa kepada-Nya, menunaikan perkara yang menjurus kepada keredaan-Nya, berkata benar apabila berjanji, menunaikan amanah, bersabar ketika ditimpa kecelakaan dan bersyukur dengan nikmat-Nya.
  8. Firman Allah SWT dalam surah al-Maarij ayat 19-23 : 'Sesunguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah ( lagi bakhnil kedekut ). Apabila dia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah. Dan apabila dia beroleh kesenangan, dia sangat bakhil kedekut; kecuali orang-orang yang mengerjakan solat. Iaitu mereka yang tetap mengerjakan solatnya.
  9. Seorang hamba yang memelihara solatnya dengan sempurna tidak akan terleka daripada muraqabatullah dalam kesibukan dan urusan sehariannya, Sesungguhnya sesiapa yang memelihara solatnya dengan menunaikannya dengan khusyuk, akan diampunkan dosanya dan dikasihi oleh Tuhannya.
  10. Sabda Rsulullah SAW: "Sesungguhnya setiap solat itu penghapus kesalahan  yang dilakukan di hadapannya."
  11. Sabda Baginda SAW lagi: "Sesiapa mengetahui bahawa solat itu addalah hak yang wajib, makan dia masuk syurga."
  12. Sesiapa yang tidak memelihara solatnya, maka dia diharamkan di dunia daripada memperolehi nikmat keberkatan, taufik dan kebaikan serta akan diazab selepas kematiannya dengan hentakkan kepalanya ke batu. Setiap kali kepalanya itu pecah, akan dikembalikan seperti keadaan asalnya. Dia juga akan datang pada hari kiamat tanpa cahaya, petunjuk keimanan dan diharamkan terselamat dari azab, kehinaan dan kerendahan.
  13. Daripada Abi Hurairah r.a berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Apakah pandangan kalian, jika sebatang sungai di pintu rumah salah seorang dari kalian, dia mandi di dalam sungai tersebut sebanyak 5kali setiap hari. Adakah masih ada suatu kotoran yang tinggal pada badannya?' Sahabat menjawab, "tidak ada suatukotoran pun yang tinggal". Sabda Rasulullah SAW , "begitu jugalah dengan perumpamaannya dengan solat lima waktu yang dengannya Allah menghapuskan kesalahan-kesalahan. ( Riwayat Bukhari dan Muslim )

Semoga bemanfaat buat kalian :) ILALLIQAQ...

Sunday, 22 May 2011

badan sihat, otak cerdas :)

Assalammualaikum :)
haaa mesti penah dengar kan, otak yang cerdas adalah daripada badan yang sihat :)
semua setuju kan....oleh itu saya telah pergi berjogging bersama Farah Edrina *sukasuka*

sebenanye kitorang pergi makan cendol dulu sebelum berjogging... HAHA


lepas tu hujan sekejap... kejap je.. balik rumah solat kejap dalam pukul 6 hujan pun berhenti dan kami berjogging semula :)

haaa memang mengahh!! tula sape suruh makan dulu.... =.=


tengah jogging pun mase tu hujan renyai2 jugak..tapi kitorang still jogging..wahh mmg cekal :p
siap sempat amik gmba lagi..
haku pun tak tahu apesal gmba ni jadi kabur haha...budak free hair dua orang lagi tu pun sepupu saya jugak :)


antara yang saya try.. xdapat amik gmba sebab hujan kan :(
hahaha dah macam nak beranak pun hado..berat sikit benda ni nak tarik..tapi saya daya lagi..HAHA
*untuk built muscle sebenanya...

*sila tengok kalau mahu* 
sebab geliii.. HAHA



sekian terima kasih sebab baca :)

ILALLIQAQ .....

p/s: esok dah start short sem...hummm redha jelahaiii.. tak puas lagi cuti.. dan, dah start merindui semuanya :')

Tuesday, 17 May 2011

selamat hari jadi kakakku :)

entry ni khas buat Nur Fazeera :) sebab hari ni besday dye!! yeayyy dah berapa tahun cikgu?? tua dah..muahahaha ...
maaf la sebab kami sedang kekurangan uwang untuk membelikan ipad idaman kamu...
sesungguhnya memang sampai bila pun la ko tak dapat weii kalau nk tunggu hadiahh...
beli sendiri la weii kekekek :p


Nur Fazeera bt Mohd Fadzil,
selamat ulang tahun sayang (bluwek!)
semoga panjang umur 
murah rezeki
sentiasa diberkati Allah 
dan sentiasa dibawah perlindungannNYA
semoga berjaya didunia mahupun diakhirat
semoga dapat jadi kakak yang baik baik dan terbaik :)

nah, ini jela yang mampu adikmu hadiahkan..



wahhh cantekkan :))



p/s: jangan lupa pergi mcd nanti ak bagi ko kupon ni hah! 




ILALLIQAQ..... :D

OWH I WISH I COULD HAVE ALL THESE :)







BARU LA MERIAH..macam macam colour ada, hari2 bole tukar ikut mood atau warna baju kan best! :)


ILALLIQAQ !! 

Ya Allah Aku Jatuh Cinta

Mengelola Cinta Tanpa Diselubungi Dosa....

"Ya Allah, Aku Jatuh Cinta"

Ya Allah,
yang membolak-balikkan hati kami...
selama ini aku tidak pernah tahu bagaimana
rasanya bercinta
namun ku berharap
bila cinta hadir menyapaku
aku tidak akan kehilangan Engkau
Ya Allah,
selama ini aku hanya berharap
semoga dapat mencintai
oranng yang memiliki cinta yang
luar biasa pada-Mu
Ya Allah,
selama ini aku juga berharap
semoga akan dicintai
oleh orang yang dapat mengarahkanku
menuju keredaan-Mu
Pintaku Ya Allah,
izinkan aku memiliki rasa ini
hingga ia menjadi indah di dada  kami
tanpa mengurangi rasa cinta kami...
Pada-Mu...



tercatat pada permulaan muka buku yang mesti dimiliki bagi semua yang mahu bercinta tanpa diselubungi  dosa yang telah menarik perhatian saya untuk membelinya...

ni la bukunya :) 

sejujurnya, buku ni bagus sangat dan cara penulisannya menarik buatkan kita terus nak baca 
GOOD JOB Burhan Sodiq!

plus hero mamat cover buku tu hensem..pandai pandai ..:p

saya kata menarik sebab, penulis ada buat macam ala2 komik gitu...cmni hah..
so.....xd la boring sangat bila baca :)

dan yang paling saya suka ad banyak hadis....antaranya...
saya suka saya suka :)

dengan itu saya memperkenalkan penulisnya :
clapclap... memang tak rygi saya beli..hanya rm14.90 sahaja ..berbaloi la ;)


ok itu sahaja..terima kasih sebab baca :)
nanti nak cerita pasal HEBATNYA KUASA ISTIKHARAH  pulak, Insyaallah...

ILALLIQAQ .. v.v

Monday, 16 May 2011

Ratu Hatiku :)

assalammualaikum ...
 ye entry ni dah tak sepatutnya di publishkan sebab lambat sangat and dah tak kena masa dah :p

tapiiiiiiii...sy nak cite jugak, ngehehehehe...

saya belikan mak hadiah :) walaupun lambat..... and hadiah nye x seberapa nak dibandingkan dengan pengorbanan mak yang tak terhingga banyaknya...

kami adik beradik share duit  :)

nak tahu apekah ia??

jeng..jeng..jeng.................


......







....









...






..










haha jam je .... :p



kami gembira sebab mak suka sangat :)



Alhamdulillah, diatas kurnian Allah yang paling berharga dalam hidup ini, tanpa mak macam mana lah saya nak hidup.. mak la segala-galanya bagi saya...mak lah ayah mak lah ibu... :')
<3 TERIMA KASIH MAK <3


ni lah mak saya yang gila korea mcm dalam entri ini :p




LOVE U MAK :)

sekian terima kasih

ILALLIQAQ...
















hidup tak selalunya indah..kan?


walaupun pakcik ni kurang upaya, dia tetap cari rezeki dengan cara yang elok, baik..maksud sy bukan dengan meminta sedekah...

.gambar ni saya ambil masa saya pergi jalan tar.
motif : saya pun tak tahu tetibe je teringat kat pakcik ni sebab beliau unik dimata saya.
USAHA . TANGGA . KEJAYAAN .

terima kasih sebab baca..
ILALLIQAQ :)

Fun Land :)

assalammualaikum semua...


baiklah mari ke fun land :)


location: Segamat, johor... :)
ni fun fair begerak je..hehe

mari lihat permainan yang ada..

1st...
wee...roda impian :p tp sy xnaik yang ni..tak extrem haha ( nk jimat token )

2nd..

yg ni bestt :) melayang segala jiwa dan raga..challenger nama dia, terbaik 4token = rm8 ..mahalkan..cekik darah!

3rd...

ni plak Topgun.. paling terbaik and terbest :) 3token = rm6

four..
ni apetah namenye sy pun lupe dah, best jugak... tp sy xmain ni,,tgk je org jerit2 , haha

seterusnya..
ni skydiver :) mmg best, kita duduk kat kusi  dye pastu terbang..flying without wings haha
(ye mmg sy nyanyi lagu tuh)

ha ni paling extreme skali nyah!! mak tak naik sebab 1:mahal bebeno rm10,
2:mak sy tak kasi naik sebab tak secure katenye.. nampak tak kaki tejulur je tuh haha

 
tiga tiga permainan ni sy tak main.. sebab macam budak2 je ramai haha..sy kan da dewasa..

last but not least...
seronok sangat bersama faiz a.k.a macha and para a.k.a pendek :)
tak lupe juga kepada mak sy yang teman sampai lah pukul 12 lebih...melampau kan..

btw, ade seseorang nampak sy tp sampai hati tak tegur dan dengan selambanya hanya melihat ke'eksited'an sy yang tidak kurang hebatnya seperti kanak kanak ribena....
maklumla "pestime haku pegi  panpair sampai berlari2 anak nk pegi beli tiket" :p

sumpah sy mmg eksited teramat haha sebab SAYA SANGAT SERONOKNYAAA :D

sekian terima kasih sebab baca

assalammualaikum  ILALLIQAQ.. :)

Friday, 13 May 2011

FUN FAIR??!!!

wahahahahah..ehlupelapulak..Assalammualaikum.. :)

balik2 rumah je dikejutkan dengan berita bahawasanya ada FUN FAIR kat Segamat ni standart punye la bla bla bla..
mereka telah menceritakan dengan penuh semangat jiwa dan raga maka dengan itu sesungguhnya saya mengumumkan saya mahu pergi berjimba malam ini bersama semua,, yahooo!! :D

seriously last pergi fun fair mase zaman budak hingusan..tu pun cm x layak je nk naik..haha kocik sangat..
weii ak teruja weii!! haha *mukeksitedsehabisboleh*

semalam juga telah pergi membeli mothers day present untuk mak :) nanti cerita ye..

CEPAT LA MALAMMM.. x sabar nih haha :p

p/s: kalau along ada best kan :) semua ada..

okbai..salam :)

Thursday, 12 May 2011

KEGEMBIRAAN :)

gumbira sengeh2 lompat2 sebab:

1) exam dah tamattttt!! lega rasenyeeeee...
2) NAK BALIK KAMPUNG!!!! yahuuuu :p
3) nak blikan present mothers day untuk mak :) kesian mak lambat dapat present..sabar ye...



sooooo......... sy akan meninggalkan ipoh secara rasminya pada pukul 11.40 am esok hari kerana Allah ta'ala..
haaa kan da siap niat dah ni :) poyo nyeeee ak............=.=

by train of course :) 


                                                                         AND.......

sudah merindui dengan segala jiwa dan raga malaun2 ini....

                                                               alif, fahril, fara si pendek

dan mereka-mereka ini juga.....
                                          
haha sebab tulah asik rase nak balik je..ni wallpaper desktop sebenanye.. :p

HAA!!! mintak2 jugak si budak ni balik! nak picit2 dye nih!! gewamgewam!
                                                
                              
dan juga pasti akan merindui mereka ini......
                                                    yana, auni aqilah, ohitusaya :)


baiklah, itu sahaja.. sudah mengantuk dan masih x pack barang lagi....

Assalammualaikum ;)




Sunday, 24 April 2011

Assalammualaikum :)

selamat malam yang panass :)
saya sepatutnya belajar sekarang!!! tapi... saya telah terbuat blog bersama farapendek :)
sebagai setan pada malam itu dia telah menggoda saya supaya membuat sebuah blog.. 
( ehh dahla kentot je kojo ehh ) busuk tahu!! so here it is.. my blog :)
and opkos la it's all about me and my life :)