Thursday, 20 October 2011

I'm coming home!!

Otw from Ipoh to Segamat by train :)
While this train stop a while at Seremban, I spotted blogger sis Fatin Liyana and her Datin :) Sangat cantik okay!! I look at her and she smile :D
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, 17 October 2011

Ketidaksabaran

Tak sabar nk jumpa mak,semua-semua lahhhhh :D dan dan dan balik kena study betul-betul for final!
Love love love
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, 14 October 2011

Assalammualaikum :)

Testing-testing :P
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, 21 August 2011

Saat-saat akhir Ramadhan...

Mari berdoa bersama,mehh :) tadah tangan semua...Bismillahirrahmannirrahim..

Wahai Tuhan ku tak layak ke syurgamu..
Namun tak pula aku sanggup ke nerakamu..
Ampunkan dosaku, terimalah taubatku..
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar..

Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai..
Dengan rahmatmu,,ampunkan daku..
OH TUHANKU..

Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan..
kami takut, kami harap kepada MU..
Suburkanlah cinta kami kepada MU..

kami lah hamba,
yang mengharap,
belas darimu..

Rabbana taqabbal du'a ana innaka antas samiu'n a'lim,
Watuba'laina innaka antattauwaburrahim,
Subhanarabil i'zzati amma yasifun,
Wassalamun a'lalmursalin
Walhamdulillahi Rabbil a'lamin...

Amin ya Rabbal a'lamin.. Semoga segala ibadah, amalan dan taubat kita diterima Allah Azzawajalla..
Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa kita yang telah lalu mahupun saat ini..
Semoga kita digolongkan dikalangan orang-orang yang beriman, bertakwa dan Insyaallah golongan yang mendapat ganjaran syurga.


ILALLIQAQ :)

Monday, 13 June 2011

yeayyy exam is OVER!!!

balik kampung yeayy!!
cuti SEBULAN yeayy!!
ye saya tahu budak-budak uitm cuti lagi lama...
sebulan ni kira bersyukur yang amat dah ni..kekeke
ALHAMDULILLAH, praise to Allah, result sem2 saya ada improvement!
sebenarnya saya baru habis short sem yang sangat penat sebab banyak assingment dan presentation kene buat..
rasa lega sangat-sangat sebab dah habis... 
harini pun baru habis final exam pengajian islam.. ngee :D
sumpah memang tak sabar nak balik... 
tapiiii..... nak buat apa  je sebulan ni ek??


any suggestion?




korang!!! tunggu sayeeee :) *rindunye rindunye* pajira and faraketot juga :D



p/s: sampai hati dia balik dua minggu jee... :(

Sunday, 29 May 2011

Keajaiban Solat.. mari baca :)

  1. Ketika solat, roh dan hati mereka pergi menemui Allah bagi memastikan mereka bebas daripada kekangan nafsu dan menyaksikan keagungan Allah, kekuasaan serta keesaan-Nya, sehingga mereka menjadi orang yang mulia di bumi ini.
  2. Solat itu bukan sekadar robot atau pergerakan alat-alat yang tidak mempunyai makna, tetapi ia adalah sebuah madrasah yang mendidik kaum mukminin mengenai semulia-mulia makna kebaikan, kecintaan dan kemuliaan dalam menempuh kesesakan hidup, hiruk-pikuk dan kejahatannya.
  3. Solat merupakan sebesar-besar amalan dalam Islam. Sesiapa yang memeliharanya, maka dia akan memperolehi kebahagiaan dan keuntungan. Sesiapa yang meninggalkannya, maka dia akan memperolehi kecelakaan dan kerugian.
  4. Allah SWT memfardukan solat ke atas hamba-hambaNya yang beriman supaya ia menjadi penghubung dengan hadrat-Nya, peringatan tentang keagungan-Nya dan tanda kesyukuran hamba-Nya atas nikmat yang dicurahkan-Nya.
  5. Solat juga ibadah asas bagi mencapai kejayaan dan kebahagiaan di duni dan akhirat. Sabda Rasulullah SAW: "Amalan pertama yang dihisab bagi hamba pada hari kiamat adalah solat. Sekiranya solatnya itu baik, maka baiklah segala amalannya. Sekiranya solatnya itu rosak, maka rosaklah segala amalannya yang lain."
  6. Tidak menjadi suatu perkara yang pelik apabila solat dijadikan sebagai kepala amalan.  Sesungguhnya dengan membiasakan diri menunaikan solat secaara sempurna dengan khusyuk dan khuduk' kepada Allah, akan menanam di dalam jiwa sifat muraqabah kepada-Nya.
  7. Sesiapa yang telah mencapai muraqabatullah, akan berasa takut kepada-Nya dan bertakwa kepada-Nya, menunaikan perkara yang menjurus kepada keredaan-Nya, berkata benar apabila berjanji, menunaikan amanah, bersabar ketika ditimpa kecelakaan dan bersyukur dengan nikmat-Nya.
  8. Firman Allah SWT dalam surah al-Maarij ayat 19-23 : 'Sesunguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah ( lagi bakhnil kedekut ). Apabila dia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah. Dan apabila dia beroleh kesenangan, dia sangat bakhil kedekut; kecuali orang-orang yang mengerjakan solat. Iaitu mereka yang tetap mengerjakan solatnya.
  9. Seorang hamba yang memelihara solatnya dengan sempurna tidak akan terleka daripada muraqabatullah dalam kesibukan dan urusan sehariannya, Sesungguhnya sesiapa yang memelihara solatnya dengan menunaikannya dengan khusyuk, akan diampunkan dosanya dan dikasihi oleh Tuhannya.
  10. Sabda Rsulullah SAW: "Sesungguhnya setiap solat itu penghapus kesalahan  yang dilakukan di hadapannya."
  11. Sabda Baginda SAW lagi: "Sesiapa mengetahui bahawa solat itu addalah hak yang wajib, makan dia masuk syurga."
  12. Sesiapa yang tidak memelihara solatnya, maka dia diharamkan di dunia daripada memperolehi nikmat keberkatan, taufik dan kebaikan serta akan diazab selepas kematiannya dengan hentakkan kepalanya ke batu. Setiap kali kepalanya itu pecah, akan dikembalikan seperti keadaan asalnya. Dia juga akan datang pada hari kiamat tanpa cahaya, petunjuk keimanan dan diharamkan terselamat dari azab, kehinaan dan kerendahan.
  13. Daripada Abi Hurairah r.a berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Apakah pandangan kalian, jika sebatang sungai di pintu rumah salah seorang dari kalian, dia mandi di dalam sungai tersebut sebanyak 5kali setiap hari. Adakah masih ada suatu kotoran yang tinggal pada badannya?' Sahabat menjawab, "tidak ada suatukotoran pun yang tinggal". Sabda Rasulullah SAW , "begitu jugalah dengan perumpamaannya dengan solat lima waktu yang dengannya Allah menghapuskan kesalahan-kesalahan. ( Riwayat Bukhari dan Muslim )

Semoga bemanfaat buat kalian :) ILALLIQAQ...

Sunday, 22 May 2011

badan sihat, otak cerdas :)

Assalammualaikum :)
haaa mesti penah dengar kan, otak yang cerdas adalah daripada badan yang sihat :)
semua setuju kan....oleh itu saya telah pergi berjogging bersama Farah Edrina *sukasuka*

sebenanye kitorang pergi makan cendol dulu sebelum berjogging... HAHA


lepas tu hujan sekejap... kejap je.. balik rumah solat kejap dalam pukul 6 hujan pun berhenti dan kami berjogging semula :)

haaa memang mengahh!! tula sape suruh makan dulu.... =.=


tengah jogging pun mase tu hujan renyai2 jugak..tapi kitorang still jogging..wahh mmg cekal :p
siap sempat amik gmba lagi..
haku pun tak tahu apesal gmba ni jadi kabur haha...budak free hair dua orang lagi tu pun sepupu saya jugak :)


antara yang saya try.. xdapat amik gmba sebab hujan kan :(
hahaha dah macam nak beranak pun hado..berat sikit benda ni nak tarik..tapi saya daya lagi..HAHA
*untuk built muscle sebenanya...

*sila tengok kalau mahu* 
sebab geliii.. HAHA



sekian terima kasih sebab baca :)

ILALLIQAQ .....

p/s: esok dah start short sem...hummm redha jelahaiii.. tak puas lagi cuti.. dan, dah start merindui semuanya :')